Saturday, August 22, 2009

FADHILAT PUASA

Ibadat puasa adalah ibadah dikerjakan dengan berlapar dan berdahaga sepanjang hari iaitu sejak terbitnya fajar sodiq (masuk waktu Subuh) hingga terbenamnya matahari (masuk waktu Maghrib). Antara hikmah dan faedah ibadat puasa ialah menginsafkan diri bahawa kita pada hakikatnya adalah makhluk yang dhaif yang perlu sentiasa menghampirkan diri dan beribadat kepada Allah s.w.t. serta mengharapkan limpah kurnia-Nya.

Firmah Allah s.w.t. menjelaskan tentang hikmah puasa Ramadhan yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah:183)

Dengan puasa juga, kita akan memperolehi kesihatan jasmani dan rohani. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat." Sabda Baginda Rasulullah s.a.w. lagi: "Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit."

Selain daripada itu, puasa juga mempunyai hikmah dan faedah seperti:

Tanda bersyukur kepada Allah s.w.t. atas limpah kurnia nikmatNya yang tidak terhingga

Mendidik nafsu ammarah (yang lebih banyak mengajak kepada keburukan) agar berubah menjadi nafsu lawwamah dan seterusnya meningkat kepada nafsu mutmainnah yakni nafsu yang tenang tenteram, bersedia menjunjung titah perintah Allah s.w.t.

Melatih dan mendidik jiwa supaya mempunyai sifat kasihan belas terhadap orang-orang yang susah menderita dan kurang bernasib baik kehidupan mereka

Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (keji) seperti tamak, sombong, hasad dengki dan lain-lain lagi

Mendidik jiwa supaya bersifat sabar, tahan menanggung kesusahan dan pelbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup

Memperolehi kecerdasan akal dan fikiran sebagaimana disebut dalam satu riwayat maksudnya: "Orang yang lapar perutnya itu tajamlah fikirannya dan teranglah hatinya."

Oleh kerana sangat besar faedah dan manfaatnya ibadah puasa kepada kita, maka selain puasa yang wajib pada bulan Ramadhan, ada lagi puasa-puasa sunat yang elok dilakukan sepanjang tahun iaitu seperti yang akan disebutkan nanti.



FADHILAT PUASA RAMADHAN

Puasa pada bulan Ramadhan difardhukan kepada setiap individu Muslim dan Muslimah yang telah 'aqil baligh dan ketiadaan uzur syar'i. Uzur puasa seperti sakit dan dalam perjalanan (musafir) sejauh 91km. atau lebih. Orang yang uzur boleh meninggalkan puasanya. tetapi wajib mengqadhanya pada hari dan bulan yang lain.

Puasa Ramadhan adalah menjadi salah satu rukun Islam yang kelima. Pahala melakukannya tersangat besar, sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dalam keadaan beriman dan kerana menuntutkan keredhaan Allah s.w.t., nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (Rujuk: Al-Targhib II:206)

Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.: "Setiap amanalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah s.w.t. (maksudnya) :" Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku" Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi." (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)
Kesan Minyak Wangi Auralife ke atas Medan Tenaga Badan Manusia


Menurut kajian pakar aura setiap sel dan organ di dalam satu organisma memiliki kadar getaran yang tersendiri di dalam spektrum elektromagnetik. Inilah yang merupakan auranya. Bila aura ini diganggu oleh pengaruh luaran dalam bentuk elektromagnetik yang berbahaya (membawa penyakit), dan gelombang luaran ini tidak disingkirkan oleh badan organisma tersebut melalui penyembuh diri (self healing), hasilnya adalah berlakunya organisma itu akan jatuh sakit. Bila berlaku kejadian begini , aura organisma itu jelas menunjukkan ketidakseimbangan. Hanya bila gelombang berbahaya ini disingkirkan , sel–sel organisma tersebut boleh menggunakan proses penyembuhan diri untuk mencapai keseimbangan dinamik dalam auranya. Apabila ini berlaku, organisma tersebut akan mencapai tahap kesihatan yang optimum semula.

Pendek kata, apabila seseorang itu mengalami tekanan hidup ataupun sakit,badannya diganggu gelombang luaran yang membawa penyakit.hanya apabila gelombang tersebut disingkirkan atau dinuetralkan,badannya boleh pulih.

Produk Auralife membantu menentang dan meneutralkan gelombang berbahaya,secara langsung membantu badan manusia untuk menjadi lebih sihat. Harus diingat produk minyak wangi Auralife lebih kepada wangiannya. Jika anda mendapat kesan yang baik , mungkin sampai ketahap memulihkan pelbagai masaalah(penyakit) atau menentang dan menuetralkan gelombang berbahaya secara langsung membantu badan manusia untuk menjadi lebih sihat dan bertenaga. Jika berlaku begitu itu adalah kehendak Allah(tuhan) Auralife hanya merancang , berusaha dan beriktihar.(insyaAllah)



Salam Ramadhan..Ahlan Wasahlan

Assalamualaikum kepada pembaca semua...

Bulan Ramadahan adalah bulan yang dianugerahkan kepada kita umat MUHAMAD yang penuh berkat..
Usahlah kita lalai dan leka dengan dunia yang tipu daya...
Syaitan dan iblis dikurung Allah menjanjikan berlipatganda ganjaran yang akan diberikan kepada manusia sekalian Alam.

Wahai pembaca marilah kita bersama-sama memanjatkan doa agar segala ibadah kita diterima ALLAH S.W.T...............

SALAM RAMADHAN UNTUK SEMUA

Menarik Menunggu Agen Perfume Aura



MEMANG MENARIK ANDA UNTUNG DAN DAPAT BONUS LAGI